00:00Sekurang-kurangnya 17 migran dipercayai maut ketika cuba memasuki Sepanyol melalui laut Mediterranean selepas mengharungi perjalanan selama 15 hari.
00:11Maklumat itu diperoleh daripada dua mangsa yang diselamatkan daripada sebuah bot berhampiran pantai Malurka.
00:19Menurut pejabat kerajaan Sepanyol di wilayah berkenaan, kedua-dua mangsa yang berasal dari Afrika Utara menunjukkan tanda-tanda kekurangan zat
00:26makanan dan dihidrasi sebelum dibawa ke hospital untuk mendapat kerawatan.
00:32Mangsa memaklumkan bahawa seramai 19 individu berada di atas bot tersebut ketika memulakan perjalanan.
00:39Bagaimanapun pihak berkuasa belum dapat mengesahkan dakwaan kematian 17 individu sepanjang pelayaran berkenaan.
00:45Susulan insiden itu sebuah helikopter kecemasan dikerahkan untuk menjalankan operasi pencarian di kawasan sekitar lokasi penemuan bot serta pengeluaran notis
00:54amaran kepada pelayar.
00:57Bot berkenaan ditemukan kira-kira 13 batu nautika di barat daya pulau Malurka di laut Mediterranean.
01:04Menurut agensi pengawal sempadan Kesatuan Eropah Frontex, laluan dari Algeria ke Kepulauan Belyaric merupakan laluan migrasi paling pesat berkembang ke
01:12Kesatuan Eropah bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.
01:17Data terkini Kementerian Dalam Negeri Sepanyol menunjukkan ketibaan migren ke negara itu menurun hampir 25% berbanding tempoh sama tahun
01:26lalu.
01:26Frontex sebelum ini melaporkan bahawa sindiket penyeludupan manusia semakin beralih dari Maghribi ke Algeria kerana kawalan yang dianggap kurang ketat
01:35selain penggunaan bot yang lebih pantas.
01:38Sepanyol sejak setahun lalu teruk memperkukuh kerjasama dengan Algeria dalam usaha mengawal migrasi tidak teratur dan membanteras aktiviti penyeludupan manusia
01:47merentasi Mediterranean.
Comments