Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Projek Penyuraian Trafik Juru–Sungai Dua terus mengikut jadual dengan kemajuan fizikal 34.63 peratus. Apabila siap, laluan itu dijangka mengurangkan masa perjalanan kepada sekitar 20 minit dan memberi manfaat kepada lebih 200,000 pengguna setiap hari.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pakej 1 projek penyuraian trafik juru Sungai 2 PTJSD berjalan mengikut jadual dengan kemajuan fizikal sebanyak 34.63% takat
00:1131 Julai lalu.
00:13PLAS Malaysia Berhad Plus memaklumkan pelaksanaan projek kini berjalan lancar di beberapa lokasi utama.
00:21Menurut kenyataan itu, kerja-kerja pengalihan utiliti telah mencapai 75% manakala kerja geoteknikal di Jalan Tun Husin On yang
00:30melibatkan pembinaan jambatan baru mencatat kemajuan 68%.
00:35Selain itu, kerja di Persimpangan Timur Barat pula telah mencapai 48% sebagai persediaan untuk fasa pembinaan seterusnya.
00:43Bagi memastikan projek terus berjalan mengikut jadual, PLAS bersama Lembaga Lebuh Raya Malaysia, pasukan perunding dan kontraktor melaksanakan kerja pembinaan
00:54secara serentak di beberapa lokasi.
00:57Ia turut melibatkan lanjutan waktu bekerja serta penggunaan jentera berkapasiti tinggi bagi mempercepat pelaksanaan projek.
01:04Dalam perkembangan sama, proses tender bagi pakej 2 dan pakej 5 kini telah dibuka sebagai langkah meneruskan pelaksanaan keseluruhan projek.
01:13Apabila siap kelak, projek itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 200,000 pengguna Lembaga Raya setiap hari dengan mengasingkan aliran
01:21trafik Lembaga Raya dan trafik tempatan.
01:25PTJSD dijangka mengurangkan masa perjalanan di laluan jurusungai 2 daripada 1 jam kepada sekitar 20 minit sekaligus menyokong pertumbuhan ekonomi
01:34dan pembangunan Pulau Pinang.
Comments

Recommended