Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Pihak berkuasa penerbangan Amerika Syarikat menyiasat insiden keselamatan ruang udara melibatkan helikopter Marine One yang membawa Presiden Donald Trump selepas penerbangan komersial didakwa tidak dihentikan mengikut prosedur ketika helikopter berlepas dari Rumah Putih. Bagaimanapun, FAA memaklumkan tiada risiko pertembungan berlaku.
Transcript
00:00Pihak berkuasa penerbangan AS sedang menyiasat satu insiden keselamatan ruang udara yang melibatkan helikopter tentera membawa Presiden Donald Trump pada
00:09selasa.
00:09Menurut laporan The Wall Street Journal, helikopter Marine One yang membawa Trump berlepas dari White House pada petang selasa.
00:16Namun pengawal trafik udara didakwa tidak menghentikan penerbangan komersial di Washington seperti yang ditetapkan dalam prosedur keselamatan.
00:24Bagaimanapun, Jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan FAA menjelaskan helikopter Marine One dan sebuah pesawat komersial yang sedang berlepas tidak berada pada
00:34jarak berbahaya mengikut peraturan persekutuan serta tidak berada pada laluan yang boleh menyebabkan pertembungan.
00:41Justru insiden itu tidak diklasifikasikan sebagai situasi nyaris bertembung.
00:46Ketika kejadian, Trump dalam perjalanan dari Washington DC ke Los Angeles bagi menghadiri beberapa program anjuran jawatan kuasa kebangsaan Republican,
00:55RNC, termasuk sesi meja bulat dan majlis sambutan.
00:59Pihak FAA kini meneliti kejadian tersebut bagi memastikan pematuhan terhadap prosedur keselamatan ruang udara melibatkan pergerakan Presiden AS.
01:08Bagaimanapun, Jurucak, Jurucak, Jurucak, Jurucak, Jurucak, Jurucak, Jurucak.
Comments

Recommended