Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Seorang pemain Yala FC maut manakala seorang warga Malaysia cedera selepas disambar petir ketika perlawanan Piala FA Golok di Stadium Santiphap, Sungai Golok.

Lebih sembilan individu turut cedera dalam kejadian yang berlaku ketika hujan lebat melanda kawasan berkenaan.
Transcript
00:00Seorang pemain bola sepak Thailand maut manakala seorang warga Malaysia cedera selepas disambar petir ketika satu pelawanan bola sepak di
00:08Stadion Santipap, Sungai Golok Selatan, Thailand pada selasa.
00:13Menurut Ketua Polis Sungai Golok, Kolonel Tun Sirikun, petir dipercayai menyambar bahagian tengah padang secara tiba-tiba dan mengakibatkan lebih
00:22sembilan individu cedera.
00:24Mangsa yang maut dikenalpasti sebagai Sofian Awe, 24 tahun, pemain kelab Yala FC.
00:30Seorang pemain warga Malaysia yang cedera pula dikenalpasti sebagai Muhammad Alif Izzahan, Zulkifli, 22 tahun.
00:38Menurutnya, polis menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.30 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
00:44Sebaik tiba, pasukan penyelamat mendapati Sofian berada dalam keadaan kritikal sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami.
00:55Kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Sungai Golok untuk mendapatkan rawatan lanjut.
01:01Polis Thailand kini menjalankan siasatan bagi mengenalpasti keseluruhan punca serta keadaan yang membawa kepada kejadian tersebut.
01:14Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended