Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Seorang pelajar berusia 19 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 138.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.

Mangsa yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Tampin disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Transcript
00:00Seorang pelajar maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dalam kemalangan di kilometer 138.5 Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara berhampiran
00:10MUA awal pagi selasa.
00:12Ketua Polis Daerah MUA, Asisten Komisional Raiz Mughlis Azman Aziz berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5
00:19.48 pagi.
00:21Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke kampusnya di Tampin Negeri Sembilan.
00:29Menurut polis, mangsa dipercayai hilang kawalan ke atas motosikal yang ditunggang sebelum terbabas secara sendiri di lorong kanan Lebuh Raya.
00:38Kemalangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta kedua-dua belah kaki.
00:44Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir ke tempat kejadian.
00:50Kes disiasat mengikut Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
00:55Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian supaya tampil membantu siasatan.
Comments

Recommended