00:00Belanjawan akan datang perlu memberi tumpuan lebih besar kepada penggunaan kecerdasan buatan AI dan teknologi tinggi dalam sektor pengeluaran
00:08bagi meningkatkan produktiviti serta daya saing ekonomi negara.
00:12Menurut pengalisis ekonomi Prof. Meritus Datuk Dr. Zakaria Abdul Rashid,
00:16pendekatan itu dilihat semakin penting ketika Malaysia berusaha untuk beralih daripada model pengeluaran yang bergantung kepada pekerja kurang mahir,
00:23kepada aktiviti ekonomi bernilai tambah tinggi.
00:28Kita harus berpindah daripada penggunaan buruk kurang mahir dan juga pengeluaran nilai tambah pengeluaran output yang bertaraf rendah kepada yang
00:45pekerja sendiri.
00:46Dan satu-satunya caranya ialah melalui teknologi yang ada sekarang ini.
00:50Jadi saya ingin melihat dalam bajet kali ini bahawa AI dan juga teknologi tinggi yang ingin dimajukan di dalam ekonomi
01:01kita ini
01:01dimasukkan sekali di dalam paket pasaran buruk kita supaya majikan secara langsung akan terangsang untuk menggunakan AI ini
01:11melalui insentif intensif cukai, melalui insentif-insentif kota pekerja asing
01:17supaya kita dapat menjelmakan kaedah ataupun teknik pengeluaran yang berteknologi tinggi
01:27tentunya yang menggunakan kaedah digital dan karya AI.
01:31Pada masa yang sama beliau menegaskan, perkembangan gaji perlu dinilai secara menyeluruh
01:35bagi memastikan peningkatan pendapatan benar-benar mampu mengimbangi tekanan kos sara hidup.
01:41Tambah beliau kadar gaji minimum RM1,700 sebulan dijangka antara isu yang diberi perhatian,
01:47susulan keperluan semakkan semula.
01:49Namun katanya, gaji minimum bukan penyelesaian tunggal kepada masalah pasaran buruk dan kos sara hidup.
01:55Antara lain, beliau berpandangan ia berfungsi sebagai lantai pendapatan
01:59untuk melindungi pekerja bergaji rendah menerusi kadar minimum yang ditetapkan oleh undang-undang.
02:05Sementara itu katanya tekanan kos sara hidup kini turut melibatkan kumpulan pertengahan
02:08termasuk graduan bergaji permulaan rendah dan pekerja ekonomi gig.
02:13Justru pembaharuan gaji memerlukan pendekatan yang lebih luas
02:16dan tidak boleh bergantung kepada kenaikan gaji minimum semata-mata.
02:20Dalam hal ini ujar beliau, dasar gaji progresif boleh melengkapinya
02:24dengan menghubungkan peningkatan pendapatan kepada kemahiran, produktiviti dan perkembangan kerjaya.
02:30Dr. Zakaria berkata, pembaharuan struktur gaji penting
02:33supaya peningkatan pendapatan benar-benar diterjemahkan kepada kuasa beli
02:37dan juga taraf hidup yang lebih baik.
Comments