00:00Jadual Perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2026 dijangka diumumkan petang ini selepas mendapat persetujuan Menteri Pendidikan Fadlina Siddiq.
00:10Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Azam Ahmad, cadangan penambahbaikan jadual perperiksaan itu akan dibentangkan oleh Timbalan Pengarah Lembaga
00:19Perperiksaan kepada Fadlina hari ini untuk pertimbangan dan kelulusan.
00:25Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penyirahan bas di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lil Banat di Kota Baru, Kelantan
00:33pada Selasa.
00:34Beliau berkata penyediaan jadual baru itu mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk kebimbangan berkaitan beberapa kertas perperiksaan yang sebelum ini
00:41sering dijadualkan pada penghujung tempoh perperiksaan.
00:44Katanya faktor lain yang turut diteliti ialah monsoon timur laut, kejadian jerebu yang boleh berlaku pada hujung tahun serta tempoh
00:52cuti persekolahan bagi memastikan jadual yang ditetapkan tidak memberikan implikasi kepada Jabatan Pendidikan Negeri JPN, Pejabat Pendidikan Daerah PPD dan
01:01sekolah.
01:02Ujar beliau perkara itu penting supaya sebarang perubahan jadual perperiksaan mengambil kira keadaan pada peringkat negeri dan sekolah serta kepentingan
01:10calon dan ibu bapa.
01:11Mohd Azam berkata dalam pertemuan dengan Menteri Pendidikan pada Isnin, beliau turut memberikan gambaran awal mengenai perubahan yang dicadangkan.
01:19Baru-baru ini tular dalam media sosial mengenai kebimbangan ibu bapa dan calon terhadap tarikh suatu jadual perperiksaan SPM 2006
01:27dengan ada yang mempersoalkan kelewatan pengumuman jadual berkenaan.
Comments