Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Korea Selatan dan Amerika Syarikat bersetuju memendekkan latihan ketenteraan bersama Ulchi Freedom Shield serta mengurangkan latihan lapangan. Keputusan itu menyusul arahan Presiden Donald Trump supaya skala latihan berkenaan dikurangkan secara ketara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Korea Selatan dan Amerika Syarikat bersetuju memindikkan timpul latihan ketenteraan bersama Uchi Freedom Shield UFS atas permintaan Washington.
00:09Ketua-ketua turus bersama Korea Selatan, JCS, memaklumkan latihan itu akan ditamatkan pada Jumaat berbanding jadual asal sehingga 27 Ogos.
00:20Tempul latihan yang bermula pada 17 Ogos itu dikurangkan hampir separuh. Latihan lapangan yang menjadi komponen utama UFS turut akan
00:29dikurangkan dengan perincian masih dibincangkan antara tentera kedua negara.
00:33Penyesuaian itu dibuat selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengarahkan latihan bersama berkenaan dikurangkan secara ketara.
00:40Trump memberikan alasan kos yang tinggi selain hubungan baiknya dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.
00:45UFS merangkumi latihan pos pemerintah berasaskan simulasi dan latihan lapangan berskala besar bagi menghadapi kemungkinan ancaman daripada Korea Utara.
00:55Latihan ketenteraan bersama itu turut pernah dikurangkan pada 2019 ketika diplomasi nuklear antara Washington dan Pyongyang berada pada kemuncaknya.
01:04Perkembangan terbaru itu menyusul spekulasi mengenai kemungkinan dialog antara Trump dan Kim disambung semula.
Comments

Recommended