00:00Kementerian Pendidikan merancang untuk menyediakan sekurang-kurangnya sebuah padang sekolah bersaiz penuh di setiap zon.
00:07Inisiatif itu bagi mengatasi kekurangan kemudahan sukan khususnya di kawasan bandar dan berkepadatan tinggi.
00:18Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Azam Ahmad berkata pendekatan itu membolehkan sekolah berhampiran berkongsi kemudahan sukan secara optimum.
00:26Menurutnya, setiap sekolah tidak semestinya perlu mempunyai padang sendiri terutama di kawasan yang berdepan kekangan tanah.
00:34Kementerian juga sedang meneliti penyediaan dewan terbuka di sekolah yang tidak mempunyai padang untuk aktiviti sukan, permainan dan kokurikulum.
00:41Selain itu, kemudahan seperti padang dan pengangkutan di institusi pendidikan lain termasuk kolej vocational boleh dikongsi dengan sekolah berhampiran.
00:48Usaha itu bagi memastikan murid dan guru mendapat akses kepada kemudahan yang sesuai untuk aktiviti kokurikulum serta penyertaan dalam program
00:56luar.
00:57Beliau bercakap kepada media selepas majlis penyerahan bas di Sekolah Meningah Kebangsaan Agama Naim Lil Banat, Kota Baru hari ini.
01:04Terima kasih telah menonton!
Comments