00:00Dalam hari itu, Datuk Seri Amir Hamzah Zizal mengakui kerajaan sentiasa memastikan semua tanggungjawab hutang negara dilunaskan termasuk yang berbentuk
00:08sekuriti kerajaan Malaysia atau MGS dan bil perbendaraan.
00:12Jelasnya komitmen itu turut merangkumi pengurusan sukuk yang diterbitkan oleh Urus Harta Jemaah Sendia Berhad UJSB bagi memastikan kepentingan pendeposit
00:22lembaga tabung haji TH terus terpelihara.
00:26Amir Hamzah menjelaskan perkara itu ketika menjawab kebimbangan yang dibangkitkan Hassan Abdul Karim PH Pasir Gudang mengenai komitmen kerajaan terhadap
00:34jaminan sukuk yang diterbitkan UJSB.
00:36UJSB ditubuhkan pada 14 Disember 2018 sebagai syarikat tujuan khas SPV bagi mengambil alih dan mengurus aset yang diperoleh daripada
00:46tabung haji dalam usaha penstrukturan semula institusi tersebut.
00:49Menurut Amir Hamzah, kerajaan turut melaksanakan penstrukturan semula sukuk TH daripada struktur asal bon kupon sifar kepada sukuk yang memberikan
00:58agihan keuntungan tahunan.
01:00Katanya sukuk yang diterbitkan bernilai RM19.6 bilion tetapi nilai apabila matang adalah RM27.5 bilion dan perbezaan kira-kira
01:10RM8 bilion itu merupakan pulangan kepada tabung haji.
01:14Pulangan tersebut membolehkan TH membiayai pembayaran hibah kepada pendeposit setiap tahun.
01:19Menurutnya, pulangan bagi sukuk pertama adalah sekitar 4.05% manakala sukuk kedua memberikan pulangan sekitar 4.1%.
01:29Amir Hamzah berkata penstrukturan semula itu juga membantu meningkatkan nilai pulangan berbanding sekiranya dana yang sama dilaburkan dalam sekuriti kerajaan
01:37biasa.
01:38Beliau berkata salah satu cadangan yang digariskan dalam laporan RCI ialah supaya pulangan daripada bon kupon sifar diterjemahkan kepada bayaran
01:46tunai yang dapat memberi manfaat lebih langsung kepada TH.
01:50Sesuatu lain itu, kerajaan menukar struktur sukuk pertama dan kedua kepada sukuk yang membuat pembayaran keuntungan secara tahudan.
01:56Katanya, kedua-dua sukuk berkenaan kini menawarkan pulangan sekitar 3.86% lebih tinggi berbanding purata pulangan sekuriti kerajaan yang
02:05berada pada sekitar 3.6%.
02:07Bagi sukuk ketiga pula, TH menerima pulangan tahunan kira-kira RM440 juta sekaligus mengukuhkan kedudukan kewangan institusi tersebut dalam jangka
02:17yang panjang.
Comments