00:00Ahli Parlimen Sempurna, Datuk Seri Mohd Syafi'i Abdal menggesa perdekatan menggunakan syarikat tujuan khas SPV sebagai kaedah tutup lubang
00:10gali lubang tidak diteruskan bagi menyelesaikan masalah kewangan sesebuah entiti.
00:16Beliau membangkitkan persoalan sama ada penstrukturan semula tabung haji menerusi SPV benar-benar menyelesaikan masalah atau sekadar memindahkan risiko daripada
00:27satu entiti kepada entiti lain.
00:31Syafi'i berkata beliau memahami penstrukturan semula itu terpaksa dilakukan bagi menyelamatkan tabung haji dan membolehkan agihan hibah dibuat.
00:41Namun beliau menegaskan prestasi yang kelihatan baik tidak boleh dinilai di atas kertas semata-mata tanpa mengambil kira kos dan
00:50beban ditanggung untuk mencapainya.
00:52Saya tahu USB, UJSB telah diwujudkan untuk mengatasi masalah ini. Tapi ini yang saya katakan, kita creative accounting, kita raise
01:04bond.
01:06Lepas itu kita berhutang untuk bayar hutang yang disalahgunakan itu. Is this the right way to do things?
01:12Adakah ini langkah yang harus kita lakukan kena yang akan dibebankan dengan hutang cukup yang kita raise?
01:20Ialah kita sendiri, rakyat termasuk ahli parlimen. We're paying tax kepada umumnya from one pocket to another pocket.
01:27But what action have we taken against them?
01:29Dalam masa sama, beliau menegaskan, penstrukturan melalui SPV tidak bermakna pihak yang bertanggungjawab terhadap penyelewengan terdahulu
01:37tidak akan dikenakan tindakan undang-undang yang tegas.
Comments