Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Bekas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpandangan pembangkang sepatutnya membahaskan dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di Dewan Rakyat berbanding memboikot sidang khas berhubung isu yang melibatkan simpanan jutaan pendeposit itu.
Transcript
00:00Pada perbankan wajar membahaskan isu tabung haji di Dewan Rakyat dan bukan memboikot sidang khas berkaitan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja
00:09RCI.
00:10Bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafru, Tengku Abdul Aziz berpandangan.
00:15Isu itu melibatkan kepentingan jutaan pendeposit tabung haji dan tidak wajar diketepikan hanya kerana ketiadaan peranan menteri dalam sidang tersebut.
00:26Menerusi hantaran di laman Instagram, katanya laporan RCI tabung haji sepatutnya menjadi platform untuk ahli parlimen membahaskan, menyoal dan meneliti
00:35sebarang kelemahan dibangkitkan.
00:37Beliau menegaskan jika terdapat kesilapan atau kelemahan di pihak kerajaan, ia wajar dibahaskan berlandaskan fakta dan bukan dengan meninggalkan Dewan.
00:47Kenyataan itu dibuat sesuatu tindakan beberapa ahli parlimen berbangkang keluar Dewan selepas permintaan untuk menangguhkan sidang khas berkaitan laporan RCI
00:56tabung haji ditolak speaker Dewan Rakyat.
00:59Tengku Zafru berkata tabung haji melibatkan simpanan rakyat daripada pelbagai latar belakang dan setiap pihak perlu menunjukkan keprihatinan terhadap isu
01:07berkenaan.
01:08Beliau menegaskan perbahasan terbuka dan berfakta adalah lebih penting demi kepentingan pendeposit serta keutuhan institusi tabung haji.
01:17Sebelum itu, Ketua WIB Perikatan Nasional Datuk Seri Takiuddin Hassan meminta sidang ditangguhkan berikutan ketiadaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar
01:24Ibrahim.
01:25Namun, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul memutuskan sidang diteruskan mengikut jadual dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal
01:32Elwal Agama Senator Datuk Mohd Naim Mokta menampaikan penerangan mengenai laporan tersebut.
Comments

Recommended