Skip to playerSkip to main content
Demi mengejar kepuasan berlumba dan menunjuk-nunjuk, ada penunggang yang sanggup berhabis sehingga RM25,000 untuk mengubah suai motosikal secara ekstrem.

Kegiatan itu dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Op Ekstrem yang digerakkan selama dua hari di ibu negara bermula Sabtu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791616/berita/semasa/penunggang-motosikal-guna-tayar-basikal-ekzos-paip-untuk-berlumba-dan-menunjuk---jpj

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ

Category

🗞
News
Transcript
00:00Demi mengejar kepuasan berlumba dan menunjuk-nunjuk, ada penunggang yang sanggup berhabis sehingga RM25,000 untuk mengubah suai motosikal secara
00:10ekstrim.
00:11Kegiatan itu dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ menerusi Op Ekstrim yang digerakkan selama dua hari di Ibu Negara bermula Sabtu.
00:20Pengarah kanan penguatkuasa JPJ, Dato' Muhammad Kifli Mahasan berkata sebanyak 443 motosikal telah diperiksa dengan 376 motosikal diambil tindakan.
00:34Menurutnya, JPJ turut mengeluarkan 1,093 notis merangkumi 953 notis JPJ P2 dan 140 notis 64, manakala 140 motosikal antaranya
00:49jenis Yamaha Y162R, Yamaha 152R dan Yamaha 125Z disita untuk tindakan lanjut.
00:58Operasi berkenaan merekodkan 457 kesalahan teknikal antaranya pengubah suaian tanpa kelulusan, melibatkan sistem brake dan tayar, nombor pendaftaran tidak mengikut
01:10spesifikasi, lesen kenderaan motor tamat tempoh, tiada perlindungan insurans serta kesalahan berkaitan lesen memandu.
01:18Dalam pada itu, Muhammad Kifli berkata, JPJ telah melaksanakan 441 operasi melibatkan pemeriksaan terhadap 68,528 motosikal dalam op ekstrim
01:31di seluruh negara bermula Januari hingga 10 Ogos lalu.
01:35Daripada jumlah itu, 18,534 motosikal telah diambil tindakan, 30,846 notis JPJ P2 dikeluarkan dan 1,992 motosikal disita.
Comments

Recommended