Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Syed Saddiq mengkritik tindakan boikot perbahasan TH dan menggesa pasukan petugas pelbagai agensi menyiasat 14 pelaburan bermasalah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Parlimen bukan one-man show dan tanggungjawab ahli parlimen tidak seharusnya terhenti hanya kerana Perdana Menteri tidak dapat hadir.
00:07Itu tegas ahli parlimen muas Saeed Saddiq Syedur Rahman yang mengkritik tindakan sebahagian pembangkang memboykot perbahasan laporan RCI berhubung lembaga
00:15Tabung Haji TH.
00:18Menurut Saeed Saddiq, wakil rakyat diberi mandat untuk menjalankan fungsi semak dan imbang termasuk meneliti sebarang kelemahan yang didedahkan menerusi
00:27laporan RCI.
00:28Realitinya ia adalah milik lebih 10 juta pendeposit umat Islam yang mengharapkan kita sebagai ahli parlimen memainkan peranan semak dan
00:40imbang mencari solusi yang tuntas supaya nasib dan maruah mereka terbela.
00:46Kalau ada fakta, bahas. Kalau ada salah, bongkarkan.
00:51Sangat malang sekali kita di pihak pembangkang yang paling lantang membawa nama Melayu Islam memilih untuk boykot perbahasan mengenai institusi
01:00terpenting bagi golongan Melayu Islam.
01:03Sementara itu, Saeed Saddiq menggesa kerajaan menubuhkan pasukan petugas pelbagai agensi bagi menyiasat 14 pelaburan bermasalah yang disenaraikan dalam laporan
01:13RCI.
01:14Menurutnya, siasatan tidak seharusnya bergantung kepada satu agensi sahaja.
01:18Sepaliknya, melibatkan polis diraja Malaysia dan lembaga hasil dalam negeri.
01:22Saya rasa tidak cukup hanya sekadar kita mengharapkan satu badan penguatkuasa SPRM untuk ambil tindakan.
01:31Bagaimana kita berjaya siasat 1MDB? Kita tidak hanya mengharapkan SPRM.
01:36Mana-mana kerajaan, mana-mana Perdana Menteri, mana-mana menteri paling takut apabila ada penubuhan multi-agensi task force
01:43yang melibatkan SPRM, PDRM, LHDN dan semua agensi-agensi lain. Mengapa?
01:49Kerana agensi tidak bekerja dalam silo.
01:52Beliau terus menggesa audit forensik dilakukan bagi mengenalpasti punca masalah serta sebarang unsur penyelewengan dalam pelaburan terpabit.
02:01Tegasnya, tindakan perlu diambil secara konsisten tanpa mengira sama ada individu terlibat merupakan sekutu atau lawan politik.
Comments

Recommended