00:00Hampir 3 per 4 wilayah England kini berada dalam keadaan kemarau susulan cuaca kering berpanjangan.
00:06Kerajaan United Kingdom maklumkan bahawa kira-kira 71.3% kawasan England mengalami fenomena yang dikatakan sebagai kemarau kilat
00:14di mana peratusan meningkat ketara berbanding penghujung Julai lalu apabila kira-kira separuh negara diisytiharkan mengalami kemarau.
00:25Menurut kemas kini terbaru pihak berkuasa, sekitar 45 juta penduduk kini tinggal di kawasan yang dilanda kemarau.
00:33Daripada jumlah itu, kira-kira 27 juta orang berada di kawasan yang dikenakan sekatan penggunaan air bagi memastikan bekalan air
00:40mencukupi.
00:42Britain berdepan gelombang haba kelima tahun ini dengan suhu tinggi berterusan di banyak kawasan.
00:47Pada masa sama, England dan Wales merekodkan Julai paling kering dalam tempoh 190 tahun berdasarkan data sementara yang dikeluarkan pihak
00:56berkuasa meteorologi.
00:58Kawasan Tenggara England antara yang paling teruk terjejas apabila hanya menerima kira-kira 1% daripada purata taburan hujan yang
01:06sepatutnya diterima sepanjang bulan lalu.
01:08Keadaan itu meningkatkan kebimbangan terhadap bekalan air, hasil pertanian serta kesanjang kepanjang terhadap sungai, tasik dan habitat semula jadi.
Comments