00:00Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat membenarkan lebih 3,000 saman terhadap beberapa syarikat media sosial terbesar dunia diteruskan.
00:08Saman terhadap platform seperti Meta, Google, TikTok dan Snapchat diteruskan atas dakwaan bahawa platform mereka direka untuk menyebabkan ketagihan dalam
00:17kalangan pengguna muda.
00:22Mahkamah Rayuan ke-9 yang berpangkalan di San Francisco pada isteri menolak rayuan Meta dan TikTok yang cuba membatalkan keputusan
00:28Mahkamah Rendah yang mengarahkan mereka berdepan lebih 3,000 saman yang difalkan di Mahkamah Persekutuan.
00:33Panel Hakim memutuskan bahawa rayuan tersebut dibuat terlalu awal dan tidak memenuhi syarat untuk dipertimbangkan pada peringkat semasa proseding.
00:40Syarikat-syarikat terbabit berhujah bahawa Seksyen 230 Akta Kesupanan Komunikasi 1996 melindungi platform dalam talian daripada tuntutan undang-undang berkaitan
00:50kandungan yang dimuat naik oleh pengguna.
00:52Mereka turut mendakwa pelindungan itu sepatutnya merangkumi tuntutan yang menuduh syarikat gagal memberi amaran kepada orang ramai mengenai sifat ketagihan
00:59platform masing-masing.
01:00Bagaimanapun Mahkamah Rayuan berpendapat Seksyen 230 hanya boleh digunakan sebagai pembelaan terhadap liabiliti undang-undang dan bukannya kekebalan mutlak daripada
01:08tindakan saman.
01:09Oleh itu, cabaran perkaitan pelindungan tersebut hanya boleh diputuskan pada peringkat perbicaraan yang lebih lanjut.
01:14Saman-saman berkenaan difalkan oleh kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, daerah sekolah dan individu dari seluruh Amerika Syarikat.
01:21Pelintif mendakwa platform media sosial sengaja direka bentuk menggunakan ciri tertentu bagi meningkatkan kebergantungan pengguna muda terhadap aplikasi berkenaan.
01:29Menurut tuntutan itu, amalan tersebut dikaitkan dengan peningkatan masalah kesihatan mental termasuk kemurungan, kebimbangan melampau serta isu imej badan dalam
01:36kalangan remaja Amerika sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Comments