Skip to playerSkip to main content
  • 17 hours ago
Penyelidik Kanan, Khazanah Research Institute (KRI), Dr. Nur Fareza Mustapha berkata, penggunaan 'big data analytics' membolehkan kerajaan mengunjurkan keperluan perumahan mengikut lokaliti dengan lebih tepat, sekali gus membantu menentukan jenis rumah, lokasi pembangunan dan jumlah unit berdasarkan permintaan sebenar.
Transcript
00:00Penggunaan Big Data Analytics dalam sektor perumahan bukan sekadar bertujuan memantau perkembangan pasaran secara masa nyata, malah menjadi instrumen penting
00:10untuk meramal keperluan perumahan dengan lebih tepat mengikut kawasan.
00:13Menurut penyelidikanan Hazanah Research Institute KRI, Dr. Nurfariza Mustafa, melalui pendekatan itu pihak berkuasa dapat mengenalpasti dengan lebih jelas jenis
00:24rumah yang diperlukan, lokasi pembangunan yang sesuai serta jumlah unit yang perlu dibina berdasarkan permintaan sebenar sesuatu kawasan.
00:32Di negara-negara lain seperti United Kingdom, Canada, Australia dan negara-negara lain, dia buat unjuran perumahan setempat itu menggunakan
00:44what we call a housing need and demand assessment.
00:48So, approach ini maksudnya kita gunakan banyak-banyak data bergenai perumahan dari segi, dari sudut demand ke ataupun supply dan
00:56kita gunakan data-rata ini untuk membuat unjuran, untuk membuat ramalan apakah keperluan perumahan yang kawasan setempat.
01:05Ujah beliau ketidakpadanan antara rumah yang dibina dengan kemampuan sebenar pembeli mungkin berpunca daripada jurang maklumat antara permintaan dan penawaran
01:14dalam pasaran perumahan.
01:15Data sedia ada menunjukkan pasaran perumahan masih belum cukup responsif terhadap maklumat yang mencerminkan permintaan sebenar termasuk jenis rumah yang
01:23diperlukan, lokasi pilihan pembeli dan kemampuan kewangan penduduk setempat.
01:27Beliau berkata data seperti pendapatan isi rumah, paras gaji dan kemampuan membeli sepatutnya menjadi asas kepada perancangan pembangunan perumahan supaya
01:36bekalan yang diwujudkan benar-benar memenuhi keperluan pasaran.
01:39Beliau berkata demikian dalam program Niaga Awani pada Selasa.
Comments

Recommended