00:00Sebuah kenderaan utiliti sukan SUV jenis Proton X70
00:04merempuh pintu balai pelepasan lapangan terbang
00:08antarabangsa kota Kinabalu KKIA pada petang Jumaat.
00:11Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu,
00:15pemandu wanita berusia lingkungan 60-an
00:17dipercayai tertekan pedal minyak
00:19menyebabkan kenderaan dipandunya melanggar pintu berkenaan
00:23sehingga mengakibatkan cermin pecah.
00:25Difahamkan wanita tersebut berada di KKIA
00:28untuk menghantar anaknya yang akan menaiki pesawat.
00:31Akibat kejadian itu, pemandu terbabit mengalami kecederaan ringan
00:35dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
00:39Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu,
00:40Asisten Komisioner Syahrudin Madhusin,
00:43mengesahkan kejadian tersebut.
00:44Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan
00:47dan laporan penuh akan menyusul.
00:49Sementara itu, tinjauan sinar harian mendapati
00:52suasana di balai pelepasan sedikit panik
00:55selepas orang ramai melihat kenderaan berkenaan
00:57meluru ke ruangan berhampiran kaunter daftar masuk.
01:01Bagaimanapun, tiada individu yang cedera dalam kejadian tersebut
01:04dan keadaan terkawal apabila pasukan polis turut berada di lokasi.
Comments