Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Arahan Presiden Indonesia itu menekankan tindakan menyeluruh bagi menangani kebakaran hutan dan tanah di beberapa wilayah susulan kebimbangan terhadap impak bencana berkenaan.
Transcript
00:00Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengarahkan usaha menangani kebakaran hutan dan tanah di beberapa wilayah negara itu dilaksanakan secara maksimum.
00:09Ia termasuk menggerakkan pelbagai langkah termasuk memantau titik panas, menyediakan operasi modifikasi cuaca atau OMC serta mengerah helikopter dan pesawat
00:20bagi membantu operasi pemadaman.
00:25Arahan Prabowo itu disampaikan menerusi setiausaha negara Indonesia Praset Wohadi.
00:31Menurutnya fenomena El Nino menyebabkan kebakaran masih berlaku di banyak wilayah dengan jumlah titik panas yang tinggi di Kalimantan Barat
00:39dan Kalimantan Tengah.
00:41Kebakaran besar turut dilaporkan berlaku di Taman Nasional Bromo Tengger, Semeru, Jawa Timur.
00:47Kerajaan Pusat kini terus menyelaras tindakan bersama kerajaan wilayah Jawa Timur, pihak tentera dan polis, Kementerian Perhutanan serta pengurusan Taman
00:55Nasional Bromo Tengger, Semeru bagi mempercepat usaha pemadaman dan mengelakkan kebakaran daripada terus merebak.
01:03Dalam masa sama, kerajaan turut mengadakan mesyuarat bersama Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia BMKG bagi merangka pelaksanaan operasi modifikasi
01:14cuaca.
01:14Kerajaan Indonesia turut menggesa orang ramai supaya meningkatkan kewaspadaan susulan cuaca sangat kering yang meningkatkan risiko kebakaran.
Comments

Recommended