Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Iran menyiarkan rakaman video baharu Pemimpin Agung Mojtaba Khamenei selepas timbul dakwaan beliau berada dalam keadaan kritikal. Video itu disiarkan oleh agensi berita Mehr dan menunjukkan beliau mengadakan pertemuan serta perbincangan mengenai isu semasa negara.
Transcript
00:00Iran menyiarkan rakaman video baharu pemimpin agungnya, Mujtaba Khamini selepas timbul laporan yang mendakwa beliau berada dalam keadaan kritikal.
00:10Rakaman yang disiarkan oleh agensi berita Sparazmi Mir itu menunjukkan Mujtaba dikelilingi beberapa individu sambil berbual dengan mereka dalam suasana
00:19yang kelihatan santai.
00:23Bagaimanapun, Meher tidak mendedahkan bila dan di mana rakaman tersebut dibuat selain tidak memperincikan identiti individu yang berada bersama beliau.
00:31Penyiaran video itu dilihat sebagai usaha menepis spekulasi yang tersebar sejak kebelakangan ini mengenai keadaan kesihatan pemimpin tertinggi Iran tersebut.
00:40Menurut laporan Meher pada Ahad, Mujtaba sebelum ini mengadakan pertemuan dengan Presiden Iran Mas'ud Pesekian yang kini memasuki tahun
00:47ketiga pentadbirannya.
00:48Laporan itu menyatakan kedua-dua pemimpin membincangkan beberapa isu utama yang sedang dihadapi negara berkenaan.
00:55Antara perkara yang disentuh termasuk cabaran kuasa hidup rakyat, konflik ketenteraan dengan Amerika Syarikat, serta usaha memperkukuh kerjasama ekonomi dengan
01:03rakan dagang luar.
01:05Mujtaba dipilih sebagai pemimpin agung Iran pada awal Mac lalu selepas bapanya Ali Khamenei terkorban dalam serangan udara bersama Amerika
01:13Syarikat dan Israel pada 28 Februari lalu.
01:16Sejak pemilihannya, beliau jarang muncul di halayak ramai sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai keadaan kesihatan dan pergerakannya.
01:25Rakaman terbaru itu merupakan antara penampilan visual paling jelas beliau sejak mengambil alih kepimpinan tertinggi negara itu.
01:32Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended