00:00Suhu di sebahagian Seoul melepasi 40 darjah Celsius pada Jumaat buat kali pertama dalam tempoh 8 tahun ketika gelombang haba
00:08melanda Korea Selatan.
00:10Cuaca panas melampau itu turut meningkatkan jumlah kes penyakit berkaitan haba kepada lebih 2,600 kes termasuk 23 kematian.
00:21Stesen Cuaca Otomatik di Nohungu, Timur Laut Seoul merekodkan suhu 40.2 darjah Celsius pada kira-kira 3.30 petang
00:29Jumaat.
00:30Ia merupakan bacaan melebihi 40 darjah Celsius yang pertama di Pusat Pemantauan Seoul sejak 1 Ogos 2018.
00:38Bagaimanapun, bacaan di Nohungu tidak mewakili suhu rasmi Seoul yang diukur di Stesen Cuaca Jong Nohgu.
00:45Suhu rasmi ibu negara itu mencecah 38 darjah Celsius pada Jumaat manakala rekod tertingginya kekal 39.6 darjah Celsius yang
00:54dicatatkan pada 2018.
00:56Suhu lebih tinggi direkodkan di Hanam, wilayah Gyeonggi iaitu 40.7 darjah Celsius manakala Gwangyang di wilayah Jola Selatan mencatatkan
01:0740.2 darjah Celsius.
01:09Pentadbiran meteorologi Korea mengeluarkan amaran haba tahap tertinggi bagi beberapa kawasan termasuk sekitar Seoul, pedalaman Gangwon dan wilayah Jola.
Comments