00:00Kebakaran memusnahkan enam tingkat bangunan Badan Pendapatan Daerah Jakarta di Jakarta Pusat Perjumaat.
00:07Seorang pekerja berjaya diselamatkan, manakala 185 anggota bomba dikerah untuk memadamkan kebakaran.
00:16Kebakaran melibatkan tingkat 11 hingga 16 bangunan berkenaan.
00:20Operasi pemadaman bermula pada 9.41 malam waktu tempatan dan usaha menyejukkan kawasan terjejas masih diteruskan pada awal pagi Sabtu.
00:28Ketua Perkhidmatan Bomber dan Penyelamat Jakarta, Bayu Mahantra berkata, angin kencang menyukarkan operasi dan menyebabkan api kembali marak beberapa kali.
00:37Seorang pekerja yang menjalankan kerja pengubahsuaian di tingkat 15 berjaya diselamatkan pada kira-kira 1.30 pagi.
00:44Tiada mangsa lain dilaporkan setakat ini. Seramai 185 anggota dan 20 jentera bomba dikerah termasuk 3 unit Bronto Skylift yang
00:53dilengkapi platform hidrolik bagi operasi memadam kebakaran di bangunan tinggi.
00:58Punca dan lokasi asal kebakaran masih belum dikenalpasti.
Comments