Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Pakistan, Arab Saudi dan Turkiye menandatangani Perjanjian Pertahanan Bersama di Makkah bagi mengukuhkan kerjasama keselamatan serta pencegahan kolektif terhadap sebarang bentuk pencerobohan.
Transcript
00:00Pemimpin Pakistan, Arab Saudi dan Turki menandatangani suatu perjanjian bagi memperkukul pertahanan kolektif terhadap sebarang bentuk pencerobohan.
00:08Perjanjian pertahanan bersama itu ditandatangani Putera Mahkota Arab Saudi, Muhammad bin Salman bin Abdul Aziz Al Saud, Perdana Menteri Pakistan,
00:17Syibas Sharif dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, selepas sidang kebuncak tiga hala di Istana Al-Safa di Mekah.
00:26Dalam kenyataan bersama, mereka menjelaskan perjanjian ini bertujuan mengukuhkan keupayaan pencegahan kolektif terhadap sebarang bentuk pencerobohan dan menetapkan bahawa sebarang
00:36serangan bersenjata terhadap mana-mana satu daripada tiga negara itu akan dianggap sebagai serangan terhadap kesemuanya.
00:42Ia seterusnya memperuntukkan peningkatan dalam semua aspek kerjasama pertahanan antara ketiga-tiga negara berkenaan.
00:49Pakistan, satu daripada sembilan negara di dunia yang memiliki senjata nuklear sejak sekian lama, menikmati hubungan pertahanan yang rapat dengan
00:57Turki dan Arab Saudi.
00:59Menurut kenyataan bersama itu lagi, perjanjian tiga pihak yang dimetrai di Mekah mencerminkan komitmen bersama untuk terus mengukuhkan keselamatan kolektif
01:07serta menggalakkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini dan di luar rantau demi masa depan yang selamat dan makmur.
01:14Pakistan dan Arab Saudi menanda tangani perjanjian pertahanan pada September tahun lepas yang mewajibkan kedua-dua negara saling membantu sekiranya
01:22berlaku pencerobohan dari luar.
Comments

Recommended