00:00Ketua Bersatu Terengganu Razali Idris mengumumkan peletakan jawatan selepas memegang jawatan itu selama 10 tahun.
00:09Adun Kijal itu berkata, surat peletakan jawatan dihantar kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin pada 16 Julai lalu, namun belum diputuskan
00:18sama ada diterima atau ditolak.
00:20Razali turut mengumumkan akan melepaskan jawatan Ketua Bersatu Marang pada pertengahan bulan depan selepas menyelesaikan urusan parti.
00:28Namun menegaskan beliau kekal sebagai Ahli Bersatu.
00:32Pada masa sama, Adun Telemung Zawawi Ismail dan Adun Hulu Besut Fusaimi Hussein turut meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan dan
00:40Bendahari Bersatu Terengganu.
00:42Timbalan Ketua Bersatu Terengganu Khazan Cikmat juga dilaporkan melepaskan jawatan dengan berkata beliau menyertai Bersatu atas pelawaan Razali dan tidak
00:51melihat keperluan untuk terus memegang jawatan selepas tindakan itu.
00:59Terima kasih.
Comments