00:00Bekas Ahli Parlimen Pematang Paul Nurul Izzah Anwar akan bercuti sementara
00:05daripada tugasnya sebagai timbalan Presiden PKR selepas Kongres Parti itu minggu depan.
00:11Ketua Penerangan PKR Fahmi Fazil berkata Nurul Izzah sebenarnya memohon untuk berundur sepenuhnya
00:17namun Majlis Pimpinan Pusat Parti memutuskan untuk membenarkan beliau berehat seketika daripada peranan tersebut.
00:24Fahmi dalam kenyataan juga berkata Nurul Izzah akan merasmikan Kongres Wanita dan Pemuda PKR pada 14 Ogos.
00:32Beliau turut mengumumkan naik Presiden PKR Saifuddin Nasution Ismail akan memangku tugas timbalan Presiden secara sementara
00:41manakala Amiruddin Syari mengambil alih sepenuhnya jawatan pengarah pilihan raya PKR yang sebelum ini turut digalas Saifuddin.
00:49Keputusan membenarkan Nurul Izzah cuti rehat dibuat dua bulan selepas Amiruddin menggantikan beliau sebagai pengarah pilihan raya bersama dengan Saifuddin.
Comments