00:00Cadangan mengenakan cukai khas ke atas pembelian kenderaan elektrik EV bagi membiayai pembinaan infrastruktur pengecasan disifatkan boleh menjejaskan pertumbuhan industri
00:11serta agenda mobiliti hijau negara.
00:14Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Ahmad Amzad Muhammad berkata, langkah itu berisiko meningkatkan kos pembelikan EV sekaligus mengurangkan permintaan pengguna
00:23dan keyakinan pelabur.
00:27Menerusi hantaran di Facebook pada Khamis, Ahmad Amzad berkata, setiap pengguna yang beralih daripada kenderaan enjin pembakaran dalaman kepada EV
00:35sebenarnya membantu kerajaan mengurangkan beban subsidi petrol.
00:39Menurutnya penjimatan subsidi itu sepatutnya dimanfaatkan untuk membiayai pembangunan infrastruktur pengecasan tanpa perlu menggunakan caj baharu kepada pembeli EV.
00:48Beliau berkata caj tambahan itu berisiko meningkatkan harga EV, mengurangkan permintaan pengguna dan memperlahankan pelaburan swasta dalam pembangunan rangkaian pengecas.
01:00Sebaliknya beliau mencadangkan, kerajaan menawarkan geran padanan insentif cukai kepada pelabur serta menggunakan sebahagian penjimatan subsidi petrol atau menerbitkan sukuk
01:10hijau bagi membiayai pembangunan infrastruktur EV.
01:13Beliau turut menggesa kerajaan mengekalkan dasar EV yang stabil, konsisten dan mesra pelaburan bagi memastikan sasaran pembangunan ekosistem serta mobiliti
01:24hijau negara menjelang 2030 dapat dicapai.
01:27Cadangan itu sesulan kenyataan Menteri Pelaburan Peragangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada serasa lalu bahawa kerajaan sedang
01:35mempertimbangkan mekanisme mengenakan caj ke atas setiap EV yang dijual bagi mewujudkan tabung pembinaan rangkaian pengecas awam di seluruh negara.
01:45Terima kasih telah menonton!
Comments