Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Sektor perkhidmatan dan pembuatan menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2026 di sebalik cabaran global.
Transcript
00:00Ekonomi Malaysia berkembang 5.8% pada suku kedua 2026, meningkat berbanding 5.4% pada suku pertama tahun ini
00:10sekaligus mencerminkan daya tahan ekonomi negara di sebalik ketidaktentuan geopolitik dan perdagangan global.
00:17Jabatan Perangkaan Malaysia DOSEM dalam kenyataannya pada Jumaat berkata, pertumbuhan itu disokong permintaan domestik yang terus kukuh selain pengembangan sektor
00:26utama ekonomi serta prestasi perdagangan negara yang kekal memberangsangkan.
00:32Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia Seri 7-2026 itu menyatakan prestasi itu dipacu sektor perkhidmatan dan pembuatan selain pemulihan sektor pelombongan
00:41dan pengkuarian serta perkembangan berterusan sektor pembinaan.
00:45Momentum pertumbuhan itu turut disokong aktiviti ekonomi domestik apabila jualan sektor borong dan runcit meningkat 11% kepada RM171.3
00:55bilion pada Mei lalu.
00:57Dalam tempoh sama, jumlah perdagangan Malaysia meningkat hampir 30% didorong lonjakan ekspor sebanyak 45.3% sekaligus melebarkan lebihan
01:06dagangan kepada RM40.4 bilion.
01:09Sementara itu, inflasi terus berada pada para sederhana apabila meningkat 2% pada Mei sebelum berada kepada 1.9%
01:17pada Jun, manakala kadar pengangguran kekal stabil pada 3%.
01:21Dasar menjangkakan prospek ekonomi Malaysia akan terus berdaya tahan, disokong permintaan domestik yang stabil serta keupayaan negara menyesuaikan diri dengan
01:30perubahan ekonomi global dan kemajuan teknologi meskipun ekonomi dunia masih berdepan ketidaktentuan geopolitik.
01:37Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended