00:00Lebih 20 orang cedera akibat gempa bumi yang melanda Itali menurut Jabatan Pelindungan Awam Negara itu pada Sabtu.
00:07Satu gempa bumi bermagnitude 4.7 dilaporkan melanda kawasan berhampiran Naples pada Jumaat
00:14mengakibatkan puluhan individu cedera serta kerosakan pada beberapa bangunan.
00:20Dalam satu kenyataan, Jabatan Pelindungan Awam Itali memaklumkan jumlah mangsa yang cedera kini meningkat kepada 21 orang.
00:27Kemas kini itu diumumkan selepas mesyuarat pusat krisis yang dipenguruskan Ketua Jabatan Pelindungan Awam Fabio Siciliano.
00:35Daripada jumlah tersebut, dua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan serius dan sedang menerima rawatan.
00:42Pihak berkuasa tempatan kini terus memantau situasi serta menjalankan pemeriksaan keselamatan di kawasan yang terjejas.
Comments