Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Greece kekal dalam keadaan berjaga-jaga tahap tertinggi pada Sabtu apabila kebakaran hutan terus melanda beberapa kawasan utama negara itu.
Transcript
00:00Greece kekal dalam keadaan berjaga-jaga tahap tertinggi pada Sabtu apabila kebakaran hutan terus melanda beberapa kawasan utama negara itu.
00:09Pihak berkuasa pelindungan awam mengeluarkan amaran merah di wilayah Athens serta kawasan sekitarnya.
00:15Susulan risiko kebakaran yang semakin meningkat di sebahagian besar negara berkenaan.
00:23Situasi paling kritikal dilaporkan kira-kira 60km di barat laut Athens apabila api merebak sejauh beberapa km.
00:31Media tempatan melaporkan ratusan penduduk terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat menggunakan bot.
00:38Kebakaran turut berlaku di semenanjung Peloponis dengan anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran di 73 lokasi setakat petang Jumaat.
00:47Sementara itu, satu lagi kebakaran besar di barat Athens memaksa penduduk di pinggir bandar Dassos dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.
00:55Dalam perkembangan berkaitan kebakaran hutan di selatan Perancis antara Marseille dan Keynes kembali marak pada Jumaat.
01:03Keadaan itu memaksa kira-kira 2,500 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing.
01:08Menurut pihak berkuasa tempatan, hampir 1,000 hektare kawasan musnah terbakar dalam tempoh beberapa jam
01:14manakala 720 anggota bomba dikerahkan bagi mengawal kebakaran.
01:20Saintis pula mengaitkan peningkatan kejadian kebakaran hutan dengan kesan perubahan iklim yang menyebabkan kebakaran berlaku lebih kerap dan lebih dahsyat.
01:29Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended