00:00Gudang ubat-ubatan dan bekalan perubatan milik Hospital Al-Aqsa di Deir Al-Balah, tengah semenanjung Gaza, musnah akibat serangan
00:08udara Israel pada Sabtu.
00:10Agensi Berita dan Maklumat Palestine melaporkan kemusnahan yang dilakukan rejim Israel itu meninggalkan kawah besar di lokasi serangan.
00:19Menurut Wafa, serangan terhadap gudang itu memburukkan lagi keadaan selepas sentera Zionis meningkatkan serangan terhadap hospital yang beroperasi.
00:28Sekatan terhadap kemasukan bekalan berkenaan turut menjejaskan keupayaan hospital memenuhi keperluan pesakit dan mangsa yang cedera.
00:38Letupan dan kemusnahan akibat serangan itu turut menyebabkan ratusan keluarga yang berlindung di kemah berhampiran hilang tempat tinggal.
Comments