00:00Qatar Airways melanjutkan pengantungan penerbangan penumpang ke beberapa destinasi di Teluk.
00:05Susulan ketegangan keselamatan yang semakin memuncak di Asia Barat.
00:10Langkah itu diambil ketika konflik melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan sekutunya terus menunjukkan tanda-tanda semakin meruncing.
00:18Menurut nasihat perjalanan terkini Qatar Airways, penerbangan penumpang ke Kuwait, Bahrain dan Erbil di Irak akan terus digantung sehingga 7
00:27Ogos.
00:27Sebelum ini syarikat penerbangan itu mengumumkan pengantungan sementara ke destinasi berkenaan bermula 24 Julai.
00:34Namun tempoh itu kini dilanjutkan berikutan perkembangan keselamatan serangtau.
00:39Perkembangan itu berlaku selepas Amerika Syarikat dan Arab Saudi melancarkan operasi ketenteraan bersama menyasarkan kumpulan separa tentera di Irak pada
00:48Rabu.
00:49Dalam masa sama tentera Amerika Syarikat turut menyambung semula serangan terhadap sasaran di Iran.
00:54Selepas operasi tersebut dihentikan selama beberapa hari.
00:58Sebagai tindak balas, Iran pada Khamis memaklumkan pihaknya menyerang kemudahan aset ketenteraan Amerika Syarikat di Jordan, Kuwait dan Bahrain.
01:06Konflik yang berterusan itu terus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan ruang udara dan operasi penerbangan di rantau Asia Barat.
01:14Terima kasih telah menonton!
Comments