Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu tenaga kerja asing perlu ditangani secara tegas bagi memastikan hanya pekerja yang memiliki permit dibenarkan bekerja di negara ini.

Beliau berkata kebanjiran pekerja asing boleh mencetuskan reaksi rakyat apabila mereka dilihat melanggar peraturan atau mengambil peluang pekerjaan yang secara tradisinya diceburi pekerja tempatan.
Transcript
00:00Baik, tentang tenaga kerja ini memang isu rumit.
00:05Di mana negara di dunia pun, bila ada kebanjiran pekerja asing,
00:10dia akan menerima ke reaksi kepada rakyat.
00:12Sebab bagaimana kita faham reaksi terhadap masyarakat pekerja asing,
00:17terutama rungu iya sekarang.
00:20Apalagi kalau mereka ini dikenali sebagai kelompok yang juga kadang-kadang melanggar peraturan
00:24atau mengambil alih pekerjaan tempat yang tradisional orang tempatan,
00:30di pasar-pasar raya dan sebagainya.
00:32Sebab itu kita setuju supaya penguatkuasaan lebih tegas.
00:38Yang ada permit, yang boleh meniaga, yang ada permit dan boleh bekerja.
00:44Kalau tidak, tindakan tegas harus diambil tanpa kira dia daripada kaum apa, termasuk rohingya.
00:51keputusan kita dan saya ucap tanya kepada immigration, KPS dan badan-badan penguatkuasaan
00:58kena mengambil tindakan yang tegas.
01:00Ini juga akan mengundang kritikan sekarang seolah-olah kita tidak adil kepada pekerja asing.
01:06Tapi mana-mana negara pun mesti ada peraturannya.
01:09Kalau peraturan dipatuhi, sama ada pekerja tempatan atau pekerja asing,
01:13kita akan beri perlindungan.
01:14Tapi kalau peraturan dilanggar, tempat-tempat perniagaan dirampas,
01:18tentunya akan menimumkan reaksi negatif.
01:21Jadi sebaiknya, badan penguatkuasaan harus tegas.
01:25Kita memerlukan tenaga pekerja asing, itu satu kenyataan.
01:29Tapi yang ada di Malaysia pun ramai.
01:32Dah berjuta.
01:33Yang diperlukan berjuta.
01:35Jadi patut ada sekarang penyelesaian supaya
01:38yang sudah ada di Malaysia itu diberikan tempat bekerja
01:41daripada diimport lagi dari luar.
01:43Kerana kita tahu sindiket pekerja asing pun juga satu hal yang membebankan selama puluhan tahun.
01:48dan menjadi tempat untuk orang mengaut kekayaan.
01:53Jadi sebab itu, bagi saya,
01:57isu ini harus ditangani.
01:58Kerana ada beberapa sektor pekerjaan yang memang diperlukan.
02:03Ada yang kata restoran kecil dan sebagainya.
02:05Tapi harus diteliti oleh kedua-dua kementerian sumber manusia
02:09dan juga kementerian dalam negeri dari sudut keselamatannya.
02:14Tapi pokoknya saya setuju dua perkara.
02:18Pertama, ada keperluan untuk menambah pekerja asing.
02:24Tetapi harus ikut saluran dan peraturannya.
02:30Yang kedua,
02:32yang ada di sini,
02:34yang melanggar peraturan yang sedia ada,
02:38tindakan tegas.
Comments

Recommended