00:00Malaysia berpotensi menjadi hub kitar semula bateri kenderaan elektrik EV serantau
00:05sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pelombongan bagi mendapatkan mineral kritikal seperti nikel.
00:11Menurut penganalisis industri otomotif, kemajuan teknologi kitar semula bateri
00:16membuka peluang kepada negara-negara ASEAN untuk mendapatkan semula mineral berharga
00:21daripada bateri terpakai sekaligus mewujudkan sumber bekalan alternatif yang lebih lestari bagi industri EV.
00:29bateri-bateri ini terpaksa diambil balik tapi bukan untuk dibuang.
00:33Kita boleh recycle bateri-bateri EV yang sudah sedia ada di dalam pasaran.
00:38Bateri daripada EV, daripada hybrid-hybrid kita boleh recycle.
00:42Contohnya BMW, dia ada satu facility di Amerika Utara.
00:46Dia boleh recycle bateri EV dan hybrid ini sehingga mencapai kebolehan 95% ke 98%
00:53untuk ekstrak balik mineral-mineral daripada bateri-bateri terpakai itu.
00:58So sekiranya teknologi dah ada, kita adakan kilang recycle bateri itu di Malaysia,
01:04ini akan menjadikan kita pusat recycle bateri yang lebih bersih
01:09dan kita boleh ada dapat mineral itu sendiri daripada proses recycle untuk kita hasilkan bateri-bateri baru.
01:17Beberapa pengeluar otomotif global juga dilaporkan telah mengendalikan
01:22fasiliti khusus bagi memproses bateri EV dan hybrid terpakai untuk mendapatkan semula bahan mentah penting.
01:29Hezri berkata Malaysia berpotensi menjadi pusat kitar semula bateri utama di rantau ini
01:34sekiranya mampu menarik pelaburan dan membangunkan lebih banyak fasiliti pemprosesan bateri.
01:39Tambah beliau, langkah itu bukan sahaja membolehkan negara memperolehi sumber mineral sendiri,
01:45malah mengurangkan kebergantungan terhadap import bahan mentah dan aktiviti pelombongan
01:50yang sering dikaitkan dengan kesan negatif terhadap alam sekitar.
01:53Bagaimanapun, beliau mengakui penguasaan teknologi dan rantaian bekalan bateri kekal
01:58menjadi faktor penentu dalam persaingan industri EV global.
02:02Katanya, negara yang menguasai pengeluaran bateri mempunyai kelebihan besar untuk mengawal pasaran
02:07seperti yang ditunjukkan China menerusi dominasinya dalam ekosistem EV global.
Comments