Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Filem Hollywood terbitan Netflix, The Big Fix lakonan Mark Wahlberg memilih Pulau Pinang sebagai lokasi penggambaran selama dua minggu. Kerajaan negeri menyifatkan produksi itu mampu meningkatkan profil global Pulau Pinang serta merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi kreatif.
Transcript
00:00Film Hollywood terbitan Netflix The Big Fix, lakonan Mark Wahlberg, memilih Pulau Pinang sebagai lokasi pengambaran selama dua minggu sekaligus
00:09memperkukuh kedudukan negeri itu sebagai destinasi pilihan bagi produksi film antarabangsa.
00:14Ex-Ko Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata keputusan produksi bertaraf antarabangsa itu menjalankan pengambaran di
00:23negeri berkenaan merupakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha mempromosikan Pulau Pinang di peringkat global.
00:32Beliau berkata pengambaran yang berlangsung sejak tiga hari lalu melibatkan beberapa lokasi ikonik di pulau itu termasuk Jawi Peranakan Mansion,
00:40Chong Fadze The Blue Mansion, Lorong Ikan di Georgetown serta Stadium Bandaraya Pulau Pinang.
00:45Menurutnya memandangkan The Big Fix berkisar mengenai dunia bola sepak, pengambaran turut dijalankan di beberapa stadium di Pulau Pinang dan
00:53Kuala Lumpur.
00:54Katanya produksi berkenaan disokong menerusi program Firm in Malaysia Incentive FIMI serta mendapat sokongan Pejabat Ex-Ko Pelancongan dan Ekonomi
01:02Kreatif Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang MBPP.
01:07Beliau berkata kerajaan negeri turut bekerjasama dengan Penang Global Tourism PGT, pihak produksi dan agensi berkaitan bagi memastikan proses pengambaran
01:15berjalan lanjar.
01:16Menurut Hon Wai, kehadiran produksi antarabangsa bukan sahaja memberi limpahan ekonomi kepada sektor perhotelan, pengangkutan dan industri kreatif tempatan, malah
01:26memperkukuh kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan film.
01:29Beliau berkata kejayaan itu menyusuli pemilihan Pulau Pinang sebagai lokasi pengambaran film Sandiwara yang dibintangi pemenang Anugerah Akademi Tan Sri
01:38Mishelyo awal tahun ini sekaligus mencerminkan keyakinan berterusan industri film antarabangsa terhadap ekosistem pengambaran di negeri berkenaan.
01:47Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended