Skip to playerSkip to main content
Empat pekerja asing di sebuah restoran 24 jam sempat mengemas peralatan premis walaupun tangan bergari sebelum dibawa menaiki trak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selepas ditahan dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu di Kelemak, Alor Gajah pada Isnin.

Situasi itu berlaku selepas kesemua warga India itu mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah ketika pemeriksaan dijalankan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787647/berita/semasa/sempat-kemas-restoran-dengan-tangan-bergari-sebelum-diangkut-imigresen

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #PATI
Transcript
00:00Empat pekerja asing di sebuah restoran 24 jam mengemas peralatan premis dengan tangan bergari sebelum dibawa menaiki truk Jabatan Imigresen
00:09selepas ditahan dalam operasi penguatkuasaan bersepadu di Kelemak Alur Gajah pada Isnin.
00:16Situasi itu berlaku selepas kesemua warga India itu gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah ketika pemeriksaan dijalankan.
00:23Anggota penguatkuasa yang berada di lokasi turut bertindak mengangkat kerusi dan meja yang diletakkan di luar premis bagi mempercepatkan proses
00:33penutupan kedai.
00:34Pengarah Imigresen Melaka Anirwan Fauzi Mohd Aini berkata pihaknya memberikan sedikit masa kepada pekerja terbabit untuk mengemas dan menutup premis
00:43sebagai langkah keselamatan.
00:45Beliau berkata seramai 40 pendatang asing tanpa izin ditahan dalam operasi itu yang terdiri daripada 27 lelaki, 11 wanita dan
00:552 kanak-kanak berusia antara 1 hingga 40 tahun.
00:59Dua kanak-kanak lelaki warga Myanmar berusia 1 dan 7 tahun turut ditahan bersama ibu bapa mereka selepas didapati menyalahgunakan
01:08dokumen perjalanan dengan menjalankan perniagaan kedai makan dan runcit tanpa kebenaran.
01:13Dalam perkembangan sama, pemeriksaan turut menemukan dua premis yang dipercayai berselindung di sebalik aktiviti perniagaan untuk menawarkan perkhidmatan tambah nilai
01:23perjudian dalam talian.
Comments

Recommended