00:00Deretan premis perniagaan pemborong pakaian di sekitar Jalan Kenanga, Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan pekerja dan pengunjung warga asing digempur
00:09pada Isnin.
00:11Operasi OpMega bermula jam 11 pagi itu dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia JIM dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos
00:21Sarahidup dan Jabatan Pendaftaran Negar.
00:24Menyedari kehadiran anggota operasi yang berpakaian pre-man, rata-rata warga asing bertindak melarikan diri dan bersembunyi di tingkat 4
00:34premis.
00:34Bagaimanapun cubaan itu berjaya digagalkan apabila kawasan itu dikepung dengan lebih awal.
00:41Sinar harian yang mengikuti operasi terbabit, kawasan pusat pemborong pakaian turut melihat warga asing yang terpinga-pinga selepas dicekup ketika
00:51bersembunyi di dalam kotak pakaian
00:53dan timbunan kain serta barangan lusuh.
00:57Serbuan turut berdepan kesulitan apabila pasukan operasi terpaksa menggunakan alat pemotong kunci serta mesin pemotong bagi membuka pintu besi.
01:07Selain itu, ada segelintir warga asing yang berpura sebagai pengunjung.
01:12Walhal, risikan mendapati ada antara mereka dipercayai digajikan majikan sebagai pekerja.
01:18Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Syahban berkata,
01:24seramai 236 individu diperiksa dan menahan 111 individu disyaki pendatang asing tanpa izin berusia lingkungan 20 hingga 50-an.
01:35Antara yang ditahan membabitkan warga Indonesia, Myanmar dan Bangladesh disyaki melakukan kesalahan tinggal lebih masa dan salah guna PAS.
01:49Terima kasih telah menonton!
01:50Terima kasih telah menonton!
Comments