Skip to playerSkip to main content
Selepas ini kita kembali bersama

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berharap masyarakat dapat kembali bersatu-padu selepas pilihan raya, lapor wartawan Sinar Harian, Haizir Othman dan jurukamera, Zamir Yusoff.

Bekas Presiden MUDA itu menyeru rakyat Malaysia dapat mengetepikan perbezaan politik masing-masing sebaik sahaja keputusan PRN Johor diketahui malam nanti.

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #harimengundi #DUNPerling #SyedSaddiqSyedAbdulRahman
Transcript
00:00Eh, kalau ikut undang-undang, bila tibanya hari mengundi, tidak boleh berpolitik, tidak boleh menunjukkan kecenderungan kepada parti atau calon
00:10dan saya akan patuh kepada undang-undang tersebut.
00:12Cuma harapan saya adalah supaya semua pengundi bangsa Johor turun mengundi dan doa saya selepas kita dah menamatkan tanggungjawab untuk
00:21mengundi itu dan keputusan dikeluarkan pada malam ini,
00:24kita kembali bersatu semula sebagai rakyat Malaysia meletakkan perbezaan politik dan kepartian kita ke tepi kerana realitinya kita sebagai rakyat
00:34Malaysia ni jumlah 34-35 juta ni
00:37kalau nak dibandingkan dengan populasi dunia, we're barely 1%, not even 1%, 0.5% dan kita ada banyak lagi
00:45masalah-masalah perlu kita hadapi sama, mencari solusi bersama
00:48dan doa saya selepas habis pilihan raya, we come back united together as fellow Malaysians.
00:56Cuma itulah, saya rasa yang penting kita tunaikan tanggungjawab mengundi dan selepas mengundi kita kembali bersama.
01:02Saya ikut perkembangan, apa dengan baik, apa, saya faham kadang-kadang kesesakan di jalan raya itu luar biasa, contohnya di
01:09bahagian utara Johor, di kawasan saya di Muar, hujan lebat daripada pagi, sekarang sudah reda sedikit.
01:15doa saya supaya bila dah reda, keluarlah mengundi dan bagi mereka yang sudah keluar mengundi, jangan lupa untuk hubungi kawan
01:24dan keluarga, kawan-kawan sekolah, ibu bapa, atuk nenek, anak-anak untuk turut menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.
01:31Kerana tanggungjawab mengundi ni adalah tanggungjawab fundamental yang diberikan kita sebagai warga negara Malaysia, boleh menentukan masa depan negara.
01:39It is so fundamental that it is enshrined in our constitution. Sebab tu saya harap kita tidak bazirkan peluang ini.
01:45undi tu rahsia, cuma kita tunaikan tanggungjawab.

Recommended