Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Kesatuan Eropah dan lebih 12 negara penderma melancarkan inisiatif bantuan bernilai AS$1 Bilion bagi membantu usaha pemulihan dan pembinaan semula Gaza, termasuk sistem air, sanitasi dan kesihatan.
Transcript
00:00Suruhan Jaya Eropah bersama lebih 12 negara penderma melancarkan satu inisiatif bantuan bernilai $1 bilion Amerika bagi menyokong usaha pemulihan
00:09dan pembinaan semula Gaza yang terjejas teruk akibat konflik berpanjangan. Majlis pelancaran Tim Gaza Inisiatif berlangsung di Brussels dan disaksikan
00:19Perdana Menteri Palestine, Mohamad Mustafa.
00:24Perjanjian itu ditandatangani oleh pesuruh Jaya Eropah bagi Mediterranean Dubravka Suisa bersama wakil negara-negara penderma yang mengambil bahagian dalam
00:33inisiatif berkenaan.
00:35Menurut Suruhan Jaya Eropah, dana tersebut akan digunakan bagi melaksanakan pelbagai projek kritikal termasuk pemulihan sistem bekalan air dan sanitasi,
00:44pembersihan runtuhan bangunan serta pemulihan sistem kesehatan di Gaza.
00:48Antara negara yang terlibat ialah Sepanyol, Denmark, United Kingdom, Jerman, Norway, Finland, Itali, Belanda, Perancis, Jepun, Switzerland, Sweden dan juga
01:01Belgium.
01:02Turut menyertai inisiatif itu ialah Bank Dunia, Bank Pelaburan Eropah serta Suruhan Jaya Eropah sendiri, manakala Australia dan Canada dijangka
01:10menyertai program berkenaan dalam masa terdekat.
01:13Gaza masih berdepan kemusnahan besar lebih dua tahun selepas konflik yang tercetus sesulan serangan Hamas ke atas Israel pada Oktober
01:222023.
01:24Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, kos keseluruhan untuk membangunkan semula Gaza dianggarkan mencecah 70 bilion dolar Amerika.
01:33Terima kasih.
01:36Terima kasih.
Comments

Recommended