Skip to playerSkip to main content
Balai Raya Pulau Besar menjadi pusat mengundi pertama ditutup bagi Pilihan Raya Negeri Johor selepas selesai proses pengundian melibatkan 32 pengundi berdaftar. Proses pengundian di seluruh negeri berlangsung sehingga jam 6 petang. #PRNJohor #JohorMemilih
Transcript
00:00Seterusnya, Balai Raya Pulau Besar menjadi pusat mengundi pertama ditutup bagi pilihan raya negeri PRN Johor hari ini.
00:07Pegawai pengurus pilihan raya Dewan Undangan Negeri Dun Tenggaruh, Jamil Hasni Abdullah berkata,
00:13pusat mengundi Balai Raya Pulau Besar ditutup pada jam 11 pagi selepas dibuka selama 3 jam untuk proses pengundian.
00:21Pusat mengundi itu melibatkan satu saluran dengan 32 pengundi berdaftar.
00:26Beliau berkata, pusat mengundi di Balai Raya Pulau Aung dan Sekolah Kebangsaan Pulau Pemanggil pula ditutup pada 12 tengah hari,
00:34manakala Balai Raya Pulau Sibu serta SK Pulau Tinggi ditutup pada 2 petang.
00:39Kesemua pusat mengundi di 5 pulau berkenaan melibatkan seramai 690 pengundi berdaftar.
00:44Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya melaporkan 42.16% atau 1.130.980 pengundi daripada lebih 2.6 juta pengundi
00:58telah menunaikan tanggungjawab mengundi setakat 1 tengah hari.
01:02Proses pengundian PRN Johor dijadualkan berlangsung sehingga 6 petang ini.
01:07Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended