Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Cuba sekali lagi berdepan gangguan bekalan elektrik di seluruh negara selepas sistem grid nasional gagal berfungsi sepenuhnya. Insiden itu merupakan gangguan kedua dalam tempoh seminggu dan keempat sepanjang tahun ini, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap rakyat yang sedang berdepan krisis tenaga dan kekurangan bahan api.
Transcript
00:00Cuba sekali lagi berdepan gangguan bekalan kuasa di seluruh negara selepas sistem grid elektrik negara itu gagal secara keseluruhannya pada
00:09Jumaat.
00:10Kementerian Tenaga Cuba memaklumkan insiden terbaru ini merupakan yang kedua berlaku dalam tempoh seminggu dan keempat sepanjang tahun 2026.
00:21Tambah kementerian itu, protokol kecemasan telah diaktifkan bagi memulakan proses pemulihan manakala pengendali grid nasional UNE sedang berusaha memulihkan bekalan
00:31elektrik kepada jutaan penduduk.
00:34Kegagalan itu berlaku susulan gangguan bekalan elektrik di peringkat nasional yang turut melanda negara itu pada isteri lalu.
00:41Walaupun pihak berkuasa berjaya menyambung semula sebahagian besar grid menjelang selasa, lepada kawasan yang luas termasuk bandar Santiago di Cuba
00:50masih terputus bekalan elektrik akibat kekurangan bahan api yang serius.
00:56Susulan kegagalan itu telah menjejaskan kehidupan harian rakyat di Cuba.
01:00Seorang penduduk Havana, Yorasi Fernandez berpandangan perubahan menyeluruh dan radikal diperlukan bagi memastikan keadaan Cuba dapat diperbaiki pada masa hadapan.
01:11Manakala seorang lagi penduduk berkata beliau terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut dengan memastikan lampu suluh sentiasa dicas dan menunggu
01:20sehingga bekalan elektrik dipulihkan.
01:23Gangguan bekalan elektrik berulang kali dilaporkan meningkatkan ketegangan sosial dalam kalangan rakyat sehingga mencetuskan beberapa protes kecil di Havana selepas
01:32kegagalan grid nasional pada isteri lalu.
01:34Keadaan itu turut mengingatkan kepada demonstrasi besar-besaran pada 11 Julai 2021 apabila ribuan rakyat Cuba turun ke jalanan dalam
01:43protes anti-kerajaan terbesar yang disaksikan di negara pimpinan komunis itu dalam tempoh beberapa dekad.
01:50Terima kasih telah menonton!
01:52Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended