Skip to playerSkip to main content
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi hantaran di platform X memaklumkan aliran trafik dan pergerakan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) serta Kompleks Sultan Abu Bakar, dua pintu masuk darat utama antara Malaysia dan Singapura, dilaporkan berjalan lancar pagi Sabtu.

#PRNJohor #JohorMemilih
Transcript
00:00Pergerakan trafik dan pergerakan di bangunan Sultan Iskandar BSI serta kompleks Sultan Abu Bakar, dua pintu masuk darat utama antara
00:08Malaysia dan Singapura, dilaporkan berjalan lancar pagi Sabtu.
00:13Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi hantaran di PlatformX memaklumkan perkembangan itu berdasarkan maklumat yang diterimanya daripada
00:21Pasukan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia, AKPS.
00:26Beliau turut memuat naik video berdurasi 29 saat yang memaparkan situasi di kedua-dua pintu masuk berkenaan dengan caption Good
00:35Job Tim AKPS pagi ini laluan lancar di BSI dan KSAB.
00:40Sebelum ini, AKPS melaksanakan operasi pada tahap maksimum di BSI dan KSAB bagi melancarkan pergerakan pengundi yang pulang dari Singapura
00:51untuk menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya negeri PRN Johor ke-16.
00:56Langkah itu melibatkan pembukaan laluan khas, pengaktifan kaunter hybrid serta pelaksanaan laluan kontra sekiranya berlaku kesesakan luar biasa.
01:05Laluan khas tersebut beroperasi 24 jam bermula 12.01 tengah malam sehingga 6 petang hari ini.
01:13PRN Johor kali ini menyaksikan 172 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri DUN.
01:22Sebanyak 1,076 pusat mengundi yang melibatkan 4,889 saluran dibuka serentak bermula jam 8 pagi.
01:31Suruhan Jaya Pilihan Raya SPR menyasarkan kadar keluar mengundi sekitar 70% manakala keputusan rasmi penuh dijangka diketahui seawal jam
01:4010 malam ini.
Comments

Recommended