Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Iran menuduh Amerika Syarikat berulang kali melanggar memorandum persefahaman yang dimeterai pada Jun lalu bagi menamatkan konflik antara kedua-dua negara, sambil menegaskan kesiapsiagaan untuk mempertahankan kedaulatan negara jika perjanjian itu dimungkiri.
Transcript
00:00Iran menuduh Amerika Syarikat berulang kali melanggar memorandum persefahaman yang ditandatangani kedua-dua negara
00:06bagi menamatkan konflik antara mereka.
00:09Jurucakap Kementerian Luar Iran, Ismail Baghai, berkata Amerika Syarikat telah melanggar beberapa peruntukan dalam memorandum persefahaman
00:16yang ditandatangani pada pertengahan Jun lalu.
00:21Menurutnya serangan yang dilancarkan pada Rabu dan Khamis serta pembatalan lesin berkaitan penjualan minyak Iran
00:27dan perkenaan sekatan baru merupakan pelanggaran jelas terhadap perjanjian tersebut.
00:33Beliau mendakwa tindakan sedemikian menunjukkan Washington terus mengingkari komitmen yang telah dipersetujui.
00:40Dalam perkembangan berasingan, Speaker Parlimen Iran, Muhammad Bagi Galibaf menegaskan negara itu tidak pernah mengurangkan tahap kesiapsiagaan
00:48untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.
00:51Beliau berkata Iran bersedia untuk mempertahankan diri dan melindungi hak rakyatnya sekiranya Amerika Syarikat
00:59bungkir daripada perjanjian yang telah dicapai.
01:02Memorandum persefahaman itu ditandatangani oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden Iran Masaud-Pazishkian pada 18 Jun
01:10bagi menamatkan konflik antara kedua-dua negara.
01:14Perjanjian itu merangkumi antara lain penghentian permusuhan, keselamatan maritim, bantuan ekonomi, pelanggaran sekatan dan komitmen berkaitan program nuklear.
Comments

Recommended