00:00Barisan Nasional BN dijangka melepasi ambang majoriti 2 per 3 dalam peliharaan negeri PRN Juhur kali ini.
00:07Dapatan kajian Ilham Center mendapati kejayaan itu didorong kelebihan sebagai kerajaan negeri,
00:13keberkesanan pentadbiran serta kecenderungan pengundi menilai isu tempatan berbanding sentimen politik nasional.
00:23Selain itu, dapatan sama menunjukkan faktor paling dominan yang menyumbang kepada kelebihan ialah pelaksanaan PRN secara berasingan daripada pilihan raya
00:32umum.
00:33Ia sekaligus membolehkan pengundi memberi tumpuan kepada prestasi kerajaan negeri, rekod pentadbiran, kepimpinan menteri besar dan pembangunan yang dinikmati secara
00:43langsung.
00:43Selain itu, BN turut memperoleh kelebihan menerusi gabungan calon yang lebih dikenali, jentera pilihan raya yang tersusun serta kempen yang
00:52menumpukan kepada kestabilan politik, kesinambungan pentadbiran dan agenda pembangunan negeri.
00:59Menurut Ilham Center, pengundi Johor juga dilihat lebih cenderung membuat pertimbangan secara pragmatik dengan mengutamakan kestabilan pentadbiran dan keupayaan kerajaan
01:07menyampaikan pembangunan berbanding dipengaruhi retorik politik atau isu nasional.
01:13Bagaimanapun, kajian itu menegaskan kejayaan strategi solo BN di Johor tidak boleh dijadikan ukuran mutlak untuk diterjemahkan di peringkat nasional
01:24kerana setiap negeri mempunyai landscape politik, komposisi demografi dan corak persaingan yang berbeza.
Comments