Skip to playerSkip to main content
  • 20 minutes ago
Kadar keluar mengundi dan keupayaan parti memindahkan sokongan kepada rakan gabungan dikenal pasti sebagai dua faktor utama yang bakal menentukan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Transcript
00:00Selepasnya, kadar keluar mengundi dan keupayaan parti memindahkan sokongan kepada rakan gabungan dikenalpasti sebagai dua faktor utama yang bakal menentukan
00:07keputusan pilihan raya negeri Johor.
00:11Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia STSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat berkata, kedua-dua faktor itu menjadi penentu
00:19sama ada sebuah gabungan mampu memperoleh kelebihan pada hari pengundian.
00:24Beliau menjelaskan kadar keluar mengundi yang tinggi berpotensi memberi kelebihan kepada gabungan tertentu, manakala keupayaan memindahkan sokongan pengundi antara parti
00:35komponen turut memainkan peranan penting.
00:38Saya rasa apa dua tema yang sangat penting untuk PRN ini ialah dua T. T pertama adalah turn out ataupun
00:47kadar mengundi. T kedua adalah transferability iaitu kebolehan sesebuah parti memindahkan sokongannya kepada parti sekutunya.
00:59Menurut beliau, kedua-dua elemen itu bukan sahaja penting untuk PRN Johor malah boleh menjadi petunjuk kepada strategi parti-parti
01:07politik dalam pilihan raya negeri akan datang.
Comments

Recommended