00:00Keselamatan negara pada era digital tidak lagi tertumpu kepada kawalan sempadan atau tanggungjawab agensi keselamatan semata-mata, sebaliknya bermula dari
00:09setiap rumah dan keluarga.
00:12Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ancaman keselamatan kini berubah dengan ketara apabila teknologi baharu seperti kecerdasan buatan AI
00:21membolehkan anaseh bahaya menembusi kehidupan rakyat tanpa perlu merentasi sempadan fizikal.
00:27Kemudian kefahaman, sukar bagi orang terlatih bahawa keselamatan bukan masalah rakyat, itu masalah agensi keselamatan dan kekuasaan.
00:40Untuk menukar, mengalih daripada pendekatan kefahaman lama kepada yang baru bahawa dia kalau tidak dikawal tiap keluarga, tiap rumah tangga,
00:56maka risiko keselamatan itu ada.
00:59Ada orang yang datang kalau dulu ada lebih sukar untuk menerobos kepada masyarakat.
01:07Sekarang dia boleh menggunakan pendekatan dengan teknologi baru, teknologi maklumat, AI.
01:16Menurut Anwar lagi, dunia kini menyaksikan perubahan berlaku dengan terlalu pantas secara serentak dan merentasi pelbagai sektor sekaligus menuntut kerajaan
01:28bertindak lebih proaktif.
01:30Justeru semua kementerian dan jabatan mesti cepat menangkap teknologi baharu dan sentiasa terbuka, tidak sekadar terikat dengan pendekatan lama.
01:39Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Bulan Keselamatan Negara 2026 dan National Cyber Security Summit 2026 di Putrajaya pada Khamis.
Comments