Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Menteri Pertahanannya, Israel Katz berkata kenyataan tegas itu sekali gus menolak dakwaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang membayangkan Israel bakal menarik keluar pasukannya dari wilayah tersebut dalam masa terdekat.
Transcript
00:00Israel bertegas tidak akan mengundurkan tenteranya dari Lubnan sehingga pejuang Hezbollah di negara itu dilucutkan senjata.
00:09Menteri Pertahanannya Israel Katz berkata kenyataan tegas itu sekaligus menafikan bayangan yang diberikan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bahawa Israel
00:18akan berundur dalam masa terdekat.
00:22Israel dalam satu kenyataan memberitahu negaranya tidak meminta kebenaran daripada sesiapa untuk memasuki Lubnan dan rejim itu juga tidak memerlukan
00:31kelulusan untuk terus kekal di sana.
00:34Menurut Katz, operasi ketenteraan tersebut merupakan hak serta kewajipan Israel demi menendungi penduduk negar Lili serta seluruh warganya daripada sebarang
00:44ancaman keselamatan.
00:45Sebelum ini, Trump yakin Israel akan berundur dari Lubnan selepas mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
00:55Kenyataan Trump itu dibuat di luar sidang kemuncak NATO di Ankara semasa pertemuan dengan Presiden Syria, Ahmad Al-Syara'ah,
01:02meskipun barisan pemimpin kanan Israel berkeras mahu kekalkan kehadiran tentera di wilayah tersebut.
01:08Katz sekali lagi memperkukuh pendirian bersama Netanyahu bahawa tentera mereka akan terus berada di selatan Lubnan manakala pasukan keselamatan dilapor
01:19akan terus bertindak dari kawasan berkenaan bagi memantau situasi semasa.
01:25Terima kasih.
01:25Terima kasih.
Comments

Recommended