Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Kementerian Kewangan memaklumkan Belanjawan 2027 akan memberi fokus kepada pertumbuhan ekonomi mampan, perlindungan sosial, reformasi subsidi, pendigitalan dan kesejahteraan rakyat selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, kerajaan akan terus memberi penekanan terhadap kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan, inklusif dan berteraskan kesejahteraan rakyat dalam rangka Belanjawan
00:092027.
00:10Kementerian Kewangan MUF maklumkan setiap dasar fiskal dan perbelanjaan awam yang dirancang bukan saja bertujuan menyokong pertumbuhan ekonomi negara, malah
00:18meningkatkan taraf hidup rakyat secara menyeluruh.
00:23Menurut Kementerian itu, antara fokus utama Belanjawan 2027 ialah memperkukuh perlindungan sosial dan bantuan bersasar, meneruskan reformasi subsidi syara berperingkat
00:33serta meningkatkan pendapatan dan mobiliti sosial rakyat.
00:37Selain itu, kerajaan turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh perkhidmatan asas, mengukuhkan kemampanan fiskal negara dan mempercepat pelaksanaan pendigitalan, kecerdasan
00:47buatan AI serta penggunaan data bersepadu.
00:51Kementerian itu menjawab soalan Datuk Seri Amiruddin Syahri, PH Qombak, mengenai perancangan kerajaan dalam rangka Belanjawan Persekutuan 2027.
01:00MOF berkata Belanjawan 2027 akan terus berpaksikan kerangka ekonomi madani dengan pendekatan yang mengimbangi pertumbuhan ekonomi, kemampanan fiskal dan kesejahteraan
01:11rakyat.
01:11Menurut Kementerian itu, pendekatan berkenaan penting bagi memastikan bantuan kerajaan dapat diteruskan secara mampan dan disalurkan dengan lebih berkesan kepada
01:21golongan yang benar-benar memerlukan.
01:24Belanjawan itu juga dijangka menjadi antara instrumen utama kerajaan dalam memperkukuh daya saing ekonomi negara sambil memastikan manfaat pembangunan dapat
01:32dinikmati secara lebih menyeluruh oleh rakyat.
Comments

Recommended