00:00Seterusnya, pihak berkuasa Cuaca Taiwan mengeluarkan amaran mengenai kehadiran Taufan Bavi yang disifatkan berpotensi membawa kemusnahan yang teruk.
00:08Taufan tersebut juga dianggap sebagai Taufan paling terbesar melanda pulau itu dalam beberapa tahun kebelakang ini, sekaligus memaksa rakyat di
00:15negara itu untuk mengambil langkah berjaga-jaga.
00:18Menurut pihak berkuasa, tempatan Taufan terbesar berkenaan kini menghampiri Taiwan selepas membadai beberapa wilayah Pasifik milik Amerika Syarikat.
00:26Ia kini menghasilkan ombak setinggi beberapa meter dan dijangka melanda kawasan utara Taiwan pada Jumaat dan Sabtu sebelum bergerak ke
00:33tanah besar China.
00:35Selain itu, menurut peramal Cuaca Pentadbiran Cuaca Pusat Taiwan CWA, Jason Cheng, angin yang berpotensi menyebabkan kerosakan besar dijangka melanda
00:43beberapa kawasan termasuk bandar pelabuhan Kilong dan daerah pesisir pantai Yilan.
00:49Susulan itu, pihak berkuasa menggesa orang ramai supaya meningkatkan tahap kesiapsagaan dan mematuhi semua arahan keselamatan.
00:56Menurut CWA, Taufan itu membawa kelajuan angin maksimum berterusan sehingga 184 km sejam dengan tiupan angin mencecah sekitar 227 km
01:06sejam.
01:07Taufan Bavi sebelum ini dilaporkan telah membadai Guam dan Kepulauan Mariana Utara pada Isnin sebagai Taufan Super sebelum kekuatannya berkurangan
01:15kepada kategori Taufan ketika bergerak merentasi Lautan Pasifik.
Comments