Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Tindakan dalaman akan diambil terhadap pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang terbabit dalam siasatan sindiket Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK).
Transcript
00:00Tindakan dalaman diambil terhadap pegawai agensi kawalan dan pelindungan sempadan Malaysia IKPS dan Jabatan Imigresen Malaysia yang terbabit dalam siasatan
00:09sindiket rekalibrasi tenaga kerja RTK atau lebih dikenali sebagai sindiket pemutihan warga asing.
00:16Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Osman Said berkata, keputusan itu dibuat bahagian
00:24pendakuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM berdasarkan input rasmi yang diterima daripada Jabatan Peguam Negara dan SPRM.
00:34Menurut Azalina, selain tindakan dalaman terhadap pegawai terbabit, semua harta yang disita dalam siasatan sindiket RTK turut dilucut hakkan kepada
00:43hasil kerajaan.
00:44Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Dewa Rakyat kepada soalan Ahli Parlimen Tebrau Jimmy Puah Wisi yang meminta penjelasan
00:52lanjut berhubung keputusan Pejabat Peguam Negara untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap siasatan sindiket RTK.
00:58Media sebelum ini melaporkan 11 pegawai penguatkuasa ditahan berhubung sindiket pemutihan itu.
01:04RTK merupakan program pemutihan khas Jabatan Imigresyen bagi memberi peluang kepada majikan mengambil warga asing yang tinggal lebih masa serta
01:13tiada permit bekerja secara sah.
01:16RTK 1.0 mula dilaksanakan pada 28 Disember 2020 lalu sebagai program khas meregulasikan pendatang asing tanpa izin parti.
01:25RTK 2.0 pula diperkenalkan pada 27 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Comments

Recommended