00:00Iran mendakwa Amerika Syarikat melanggar Memorandum Persefahaman Islamabad selepas membatalkan penggantungan sementara sekatan ke atas ekspor minyak negara itu.
00:08Dalam satu kenyataan yang dibuat naik di PlatformX, Kementerian Luar Iran menyifatkan tindakan Washington itu sebagai pencabulan terang-terangan terhadap
00:16perenggan 10 Memorandum Persefahaman Islamabad.
00:20Menurut Kementerian Berkenaan, langkah Amerika Syarikat membatalkan penggantungan sekatan hanya beberapa hari selepas Memorandum itu dimeterai mencerminkan pentadbiran Washington tidak
00:28komited untuk mematuhi perjanjian yang dipersetujui.
00:31Teheran turut mendakwa sejak Memorandum itu ditandatangani, Amerika telah melakukan beberapa tindakan yang bercanggah dengan semangat Persefahaman tersebut.
00:39Kementerian Luar Iran menegaskan negara itu telah melaksanakan komitmennya dengan niat baik dan akan terus mempertahankan kepentingan serta keselamatan negara.
00:46Dalam kenyataan sama, Iran memberi amaran akan mengambil pendekatan yang difikirkan perlu bagi melindungi kepentingan nasional susulan tindakan yang didakwa
00:53melanggar perjanjian berkenaan.
00:55Kenyataan itu dikeluarkan ketika ketegangan antara Teheran dan Washington kembali memuncak susulan perkembangan berkaitan sekatan serta isu keselamatan di rantau
01:03Asia Barat.
Comments